Header Ads

Review Filem Hantu Bonceng

Review Hantu Bonceng | Hantu Bonceng Movie Review
Baca dulu Sinopsis Filem Hantu Bonceng


Update: Kutipan Filem Hantu Bonceng RM8 juta

Tengok juga aku Filem Hantu Bonceng di pawagam juga yang 1st time aku pergi iaitu Cathay Cineplexes di e@Curve Damansara...


Tarikh Filem Hantu Bonceng ditayangkan di pawagam terpilih seluruh Malaysia pada 31 Ogos 2011 kan jatuh pada musim atau pun mood menyambut hari raya...memang aku tak pergi lah pawagam time tue... (",)


Beberapa hari lepas tu dengar yang kutipan Filem Hantu Bonceng dah dapat RM5juta untuk 5 Hari tayangan di pawagam. Hebat sangatlah kan, sebab pecah rekod kutipan hari pertama Filem Melayu pada Hari Raya juga... Tahniah Ahmad Idham selaku Pengarah dan Penerbit Filem Hantu Bonceng.


Jadi aku pun pergi lah juga nak rasakan keseramannnn Hantu Bonceng nih....
Nah...ni tiket dia, aku pergi tengok tak payah beratur...best...sambutan dia hebat juga lah kan... boleh dapat Kutipan Tiket RM9 juta rasanya Hantu Bonceng nih...



Tiket Filem Hantu Bonceng Pawagam Cathay Cineplexes


Murah pulak aku rasa RM11 untuk seat Couple Seat di Cathay nih... biasa kat GSC dalam RM14 atau RM15.... pergh...jimat sikit duit aku...hahaha


Aku tak pergi Pratonton Hantu Bonceng, sebab dia buat bulan puasa... jadi takdelah gambar bersama retis macam sebelum-sebelum nih...

Review Filem Hantu Bonceng



Secara ringkas nya aku rasa Filem Hantu Bonceng nih memang santai untuk tontonan umum seisi keluarga...Filem ni kategori Komedi Seram...jadi...memang tak berapa nak seram... (",)


Orang boleh ketawa dengan lawak kelakar yang dipertontonkan... watak Amran sebagai Mat Rempit lakonan Zizan Raja Lawak yang menang perlumbaan haram dan dapat Bohsia bernama Maya... dibantu Taiyudin Bakar yang membawa watak Kunyit dengan beberapa patah Dialog yang agak boleh menjadi ikutan orang di luar sana...


Sejak Dialog KL Gangster yang menguatkan cerita tersebut...aku tengok Filem Hantu Bonceng ni pun macam menggunakan Dialog sebagai kekuatan dan penambah perasa jalan cerita Filem Hantu Bonceng ini...orang ramai ternyata terhibur... tapi mungkin secara kebetulan sahaja... sebab diorang sebenarnya dah siap lama dah Filem ni... Dialog KL Gangster tetap tak boleh lawan woo...


Tapi Filem Seram Melayu, takkan lari dari terlibatnya penggunaan amalan ilmu hitam dalam masyarakat kita...dalam Filem ini Ayu lakonan Juliana Evans menggunakan Nasi Kangkang ke atas Zizan untuk membalas dendam kematian kakaknya Maya,dengan merampas Amran dari kekasihnya Halimaton lakonan Jue Aziz!..mantap sey!... i like... aku suka lakonan diorang...

Siapakah Ayu dan Maya???
pergi tengok dekat pawagam yerk...Aku dah bagi Ahmad Idham buat kutipan Box Office dah...hahaha.... ok ...setakat nih jer...



* Rating Filem Hantu Bonceng nih 4/5 Bintang dari aku

Update Kutipan Filem Hantu Bonceng sudah mencapai RM8 Juta


Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!


Review Filem Hantu Bonceng, Sinopsis Filem Hantu Bonceng, Gambar Malam Pratonton Filem Hantu Bonceng, Artis dan Pelakon Filem Hantu Bonceng, Film Hantu Bonceng Preview Movies, Kutipan Hantu Bonceng, Kutipan Filem Hantu Bonceng, Kutipan Terkini Filem Hantu Bonceng, Kutipan Box Office Filem Hantu Bonceng,

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.