Header Ads

Review Filem Senario The Movie Ops Pocot | Mesti Pecah Perut



Review Senario The Movie Ops Pocot | Senario Ops Pocot Movie Review
Baca dulu Sinopsis Filem Senario Ops Pocot

Malam tadi sekali lagi aku menempatkan diri di Pratonton Filem Senario The Movie : Ops Pocot bersama Artis di TGV Sunway Pyramid setelah mendapat tiket sebagai Pemenang Terpilih lagi dari MIG Online bersama ramai lagi peserta lain.

Untuk Preview Senario Ops Pocot kali ini aku sampai awal sedikit dari biasa, dan berjaya menunggu dan bergambar bersama beberapa artis a.k.a pelakon Filem Senario Ops Pocot ini. Di antara artis yang datang sesi preview filem kali ini ialah Diana Amir, Sasqia, Azlee Senario,Shah Sam (Zack Adnan Sempit) dan David Teo selaku penerbit Filem, Pengarah Filem Senario Ops Pocot kali ini Ismail Bob Hashim haruslah datang juga!... Wahid dan Lan Pet Pet kat dalam wayang baru sampai aku nampak...siap kecoh2 lagi...mungkin interview ngan media kot... tak lupa Farid Kamil turut datang memberikan sokongan dan lain2 pelakon yang aku tak berapa nak kenal dan mata aku tak nampak!


Review Filem Senario The Movie Ops Pocot 

Jalan cerita filem kali ini bergerak mengikut plot2 yang ditetapkan maksud aku punchline-punchline tersendiri cerita bermula dengan alam pekerjaan 3 orang terdiri dari Wahid yg memegang watak sebagai Wahid, Azlee melakonkan watak Azli dan Mazlan iaitu Lan Pet Pet, semua menggunakan panggilan nama sebenar yang sering dibuli dan ditindas oleh orang sekeliling termasuk rakan sekerja.

Mereka semua didaftarkan masuk menjadi anggota RELA oleh majikan masing-masing. Dan disitulah bermula segala-galanya di bawah arahan jurulatih RELA Pak Bad lakonan Mr. OS bagi membina jatidiri dan menukar karektor watak Azli yang lembut, Mazlan yang penakut sehingga boleh pengsan!..takut ape??? dan Wahid yang tidak boleh berada dalam keadaan tertekan..lomah somangat!..confirm hidung dia berdarah!

Diana Amir mintak nak bergambar dengan Aku (",)
Filem ini diceriakan lagi di Kem RELA dengan penyertaan Mala (Diana Amir), Ann (Sasqia) dan Azie (Mas Muharni) yang berjaya memikat hati Azli, Wahid dan Mazlan tetapi kemunculan watak Hairi, Bob serta Maman yang agak nakal di Kem RELA menganggu keenam-enam yang lain...

Nak tahu kesudahan cerita? mampukah Azli, Wahid dan Mazlan berubah dan adakah dia balas dendam ke atas kawan-kawan yang telah membulinya sebelum ini?...tengok kat pawagam ok...

Guna GiGi pon boleh!!! Nak tahu apa dia?....tengok sendiri...tak best kalau bagi tahu (",)

Yang pasti, filem ini mampu membuatkan korang yang muke ketat-ketat, ketawa terbahak-bahak...aku yang cuba utk. tahan ketawa pon tak tahan juga, tak caya?? boleh pergi sendiri pecah perut kat wayang ramai-ramai ngan kaki wayang yang lain ok! Filem Senario Ops Pocot nih aku rasa mampu buat kutipan box office juga kalau diambil kira kutipan Senario yang sebelum ini RM3 juta ke RM6 juta. Semoga berjaya...

Aku bagi rating Filem Senario Ops Pocot nih 4.5 star disebabkan ada satu adegan Azli tiba² berlari ke langit sewaktu mengejar peragut (aku rase korang kenal siapa!) selepas dia kembali bekerja semula apabila tamat kursus RELA. Waktu kursus takde pulak, training Azli berlari ke langit, guna kuasa magic ke ape ke...tibe² macam dapat super power la pulak...hehe...xde kena mengena tapi still kelakar n superb!!! Dan akhir sekali penutupnya memang 3 Senario tu terkena dengan Pak Bad @ Mr. OS atas nama ORDER atau TUGAS yang perlu dilakukan sewaktu tgh bekerja!....ape yang diaorang terkena erk...???aku taknak cerita jugak!...

* Filem ini secara tak langsung dapat mempromosikan ramai masyarakat kita menyertai anggota Sukarelawan RELA (",) ...aku rase nak join lah hehe..... klik utk ke laman web rasmiRELA 

Sasqia pula nak bergambar dengan aku....
Sasqia ajak abang aku bergambar kali kedua!...series...hehehe
Geng blog Topan dengan Azlee!
Dengan Diana Amir
Uncle David Teo ajak kitorang bergambar minta PR dia ambil...TQ Mr. David!
Dalam wayang TGV Sunway  dengan Pop Corn dan Air Coke yang dah tersedia...TQ MIG (",)
Crop, so nampak besar (",)   leher ko da cantek time ni kan jang ...hehe
TAYANGAN YANG BAKAL MEMECAHKAN PERUT DAN TEKAK ANDA DI DI PAWAGAM SELURUH MALAYSIA MULAI 21 JULAI 2011
JRAMAI-RAMAI PAKAT SERBU..

* Sewaktu barisan pelakon Senario Ops Pocot ini sedang bergambar kat depan, aku tak turun ambil, takpelah, nnt aku copy sape² punye yang menarik...topan kat sebelah aku time tu turun...(",) ujang pon ade...tunggu je...

* Last but not least! Tengok tayangan perdana senario malam tadi memang BEST!...Cerita BEST...PELAKON pun SPORTING ABEST...NAK TENGOK LAGI........NAK LAGI... 
* Sorry, gambar dan celoteh banyak sangat ...nnt aku buat entri pasal gambar pratonton filem neh ok.


Update Finas 4 Ogos 2011 :
Kutipan Semasa Filem Senario The Movie Ops Pocot sehingga 3 Ogos 2011 yang telah diupdate oleh pihak FINAS ialah RM1.01 juta.



Review Filem Senario Ops Pocot, Sinopsis Filem Senario Ops Pocot, Gambar Malam Pratonton Filem Senario The Movie Ops Pocot, Artis dan Pelakon Filem Senario Ops Pocot, Film Senario Ops Pocot Preview Movies, Kutipan Senario Ops Pocot, Kutipan Filem Senario Ops Pocot

10 ulasan:

  1. wah dapat tengok siap dapat amik gambar lagi..

    BalasPadam
  2. Si azlee dan lan pet pet duduk belakang aku....KECOH SIOT diorang...

    BalasPadam
  3. @Wanie ~
    hehe..mestilah...sebab pratonton bersama artis kan (",) tu yg bestnye....

    BalasPadam
  4. @Hazman ~
    tau...nampak..ade amek gmbar die kat seat belakang tu tak?... huhuhu..

    BalasPadam
  5. dtg juga semalam tapi sampai lambat..huhu xdapat nak jumpa

    BalasPadam
  6. bestnyaaa dpt pegi tengok preview. nana dapat tengok Farid Kamil je kat luar TGV masa nak masuk cinema. lain kali ajak! haha. :P

    BalasPadam
  7. hohoho.camne bole dapat ni. apsal tak ajak aku join tgk :p

    baru pergiko da nak suh aku balik. camne wey?haha

    taktau la bile, kalo balik nantiaku bgtau korang.lama tak join men boling ni.hahaha

    BalasPadam
  8. @FareedSairi ~

    hehe...sejak 2 menjak neh, aku rajin lak ikut contest die... (",)...ingat ritu nak ajak ko, tapi sebab lewat...kalau tak da call dah, soh ko beli tiket balik Malaysia tgk filem nih semata....hahaha.....

    yerp3x...balik nnt ada masa ley buat boling reramai lg...(",)

    BalasPadam
  9. @-zuriey-

    lambat smpai ek..takpe..sekali sekala... (",)

    BalasPadam
  10. @Nana ~

    owh...tgk je erk..len kali amek gmbor ngan die, tgk tare mane tinggi nyer...hehehe

    tak sempat nak ajak...sebab nana tak datang bw kat sni :P

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.