Header Ads

Review Filem Bini-Biniku Gangster | Pratonton Filem


Review Filem Bini Biniku Gangster | Bini Biniku Gangster Movies Review
Baca dulu Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster

Sekali lagi aku menyertai Malam Pratonton Filem Bini-Biniku Gangster Bersama Artis di pawagam Cathay Cineplex e@Curve, Mutiara Damansara, jauh juga dari rumah aku di Putrajaya. 

Filem Bini-Biniku Gangster merupakan Filem ke-53 keluaran dari produksi Metrowealth Pictures kepunyaan CEO David Teo kepada peminat. Pengarah Filem Bini-Biniku Gangster ialah Ismail Bob Hashim, Pengarah Box Office Filem Ngangkung Disember lalu. Abang Bob menafikan Filem Bini-Biniku Gangster meniru My Wife Is Gangster, aku tak tau pun jalan cerita filem tue, sebab tak tengok...hehe...aku lebih dulukan filem tempatan... (",)

Filem ini menampilkan Yana Samsudin, Intan Ladyana dan Shaheizy Sam sebagai watak pelakon utama Bini-Biniku Gangster. Turut dibantu Alex Yanz, Zalif Sidek, Boy Iman dan Zul Suphian serta Hamid Gurkha dan lain lain pelakon.

Untuk Preview Bini-Biniku Gangster kali ini mood aku tak tahu ntah kemana, hanya melihat sahaja pelakon-pelakon Bini-Biniku Gangster, tak bergambar pun dengar artis malam tadi...ntahlah...ada pon seorang dua jer yang aku bergambar...(",)

Pelakon-pelakon dan talent artis naungan MIG hadir dan turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah dan Penerbit Filem Hantu Bonceng Ahmad Idham, yang mencapai kutipan Box Office 8.30 juta sebagai sokongan. Ahmad Idham juga merupakan Sifu kepada Ismail Bob Hashim.

Review Filem Bini-Biniku Gangster

Jalan cerita Bini-Biniku Gangster bermula dengan paparan Gangster bergaduh dan dapat panggilan telefon dari Isteri memasing.... sebagai thriller filem bagi menunjukkan tema yang Bini-Bini lelaki dalam Filem ini sebenarnye Gangster... (",)

Menampilkan Manja @ Anje lakonan Yana Samsudin dan watak Herry lakonan Shaheizy Sam dan juga watak Reanna dibawakan oleh Intan Ladyana. 

Manje merupakan seorang Suri Rumah, Pemilik kedai Bunga dan juga Ketua Gangster yang digelar Kak Yong. Anak buahnya Boy Iman, Zul Suphiaan,(Gangster) CT Chubby (Penjaga Kedai Bunga)

Reanna pulak merupakan adik kepada Min Siam(Alex Yanz) Ketua Kongsi Gelap Naga berkepala Kucing. Ganas aku tgk mamat nih....

Kisah mereka berlarutan disebabkan kes langgar kawasan!

Harry pula seorang suami yang sungguh mendengar kata Isteri dan bertanggung jawab, dan di pejabat dibuli oleh Mat Saja ,lakonan Zalif Sidek. Dan mendapat PA baru bernama Reanna, dan akhirnya dilamar oleh Manje sebagai Isteri kedua Herry. Semua apa yang berlaku di pejabat diketahui oleh Manje. Sebab ??? Banyak kabel dia neh... Siapa Reanna ?

Sebenarnya banyak perkara yang kita tak tahu selagi belum tengok Filem ni, banyak sangat rahsianya... tapi rahsia yang paling best ialah apa yang terjadi pada Herry setelah mendapat Isteri 2, sebenarnya yang akan korang ketahui di akhir cerita nanti....

Aku rasa macam nak cerita semua pun ade... (",) walaupun aku rasa cerita ini tak sama macam filem-filem lain yang banyak gelak ketawa, filem ini santai untuk tontonan keluarga...best x macam yang korang sangka kan...Wife is Gangster? rasanya tidak...rasa macam Sambungan Filem Kongsi pun ada jugak...HeHe...

Aku ringkaskan terus, Filem ini memang best! This is Best Bro!... 

Jangan Lupa saksikan Filem Bini-Biniku Gangster di pawagam berdekatan pada 22 September 2011 iaitu Khamis ini ya... Bagi kutipan filem bini-biniku Gangster meletop!...SAM berlakon neh.....

" Ko nak kawin ngan abang Herry tak? kalau nak aku lamar ni...?"

Antara dialog Manje (",)

Layankan beberapa gambar di majlis pratonton tersebut...mood aku agak kurang, jadi kuranglah gambar aku dengar artis... (",)

Barisan Pelakon Filem Bini-Biniku Gangster sebelum tayangan perdana bermula...


 Pierre Andre datang memberikan sokongan kepada rakan-rakan media... duduk sebelah Farid Kamil



 Pengarah Filem : Ismail Bob Hashim
 Pass Pratonton dan badge Yana Superfriends!..TQ
 Boy Iman

Shaheizy Sam diinterview wartawan Galaksi.

Selamat menonton yer!... arini mau pergi tengok pratonton lagi...(",)
Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Review Filem Bini-Biniku Gangster, Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster, Gambar Malam Pratonton Filem Bini-Biniku Gangster, Artis dan Pelakon Filem Bini-Biniku Gangster, Film Bini-Biniku Gangster Preview Movies, Kutipan Bini-Biniku Gangster, Kutipan Filem Bini-Biniku Gangster, Kutipan Terkini Filem Bini-Biniku Gangster, Kutipan Box Office Filem Bini-Biniku Gangster,

5 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.