Header Ads

Kutipan Filem | Sinopsis Filem Hantu Bonceng | Trailer Filem Hantu Bonceng


Sinopsis Filem Hantu Bonceng | Trailer Hantu Bonceng
Kutipan Terkini Filem Hantu Bonceng RM8Juta - Utusan

Filem Hantu Bonceng bakal ditayangkan pada 31 Ogos 2011 iaitu sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 pada tahun ini. Filem yang menelan belanja kos RM1.51 juta ini adalah terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. Filem Hantu Bonceng ini diarahkan oleh pengarah yang cukup hebat dan mencuba pelbagai genre iaitu Ahmad Idham


Dengan kos sebanyak Rm1.51 juta ia dilihat biasa-biasa saja kini dikalangan terbitan filem tempatan tetapi dalam kos yang biasa, mampukah Kutipan Filem Hantu Bonceng mencapai sesuatu yang luar biasa?... Aku melihat kepada kutipan akhir-akhir ini hanyalah sekitar RM1 juta ke RM3 juta sahaja, mungkin disebabkan penonton ataupun kaki wayang telah dihambat deretan Filem Melayu yang terlalu banyak ke pawagam dan terpaksa memilih filem yang betul-betul berkesan dan terbaik sahaja.

Filem Hantu Bonceng ini dibintangi oleh Zizan Raja Lawak membawa watak Amran, Juliana Evans dan Jue Aziz selaku pelakon utama serta turut dibantu oleh Taiyuddin Bakar. Dengan reputasi Zizan selaku Artis Komedi Terbaik diharap mampu membuat sesuatu yang memberi kepuasan kepada penonton di pawagam nanti. Apa-apa pun good luck untuk Filem Hantu Bonceng dan baca dulu Sinopsis Hantu Bonceng untuk tahu jalan cerita Filem tersebut dan Trailer Hantu Bonceng dibawah.
  
Tagline : Pabila Bohsia jadi hantu... hahaha...
Sinopsis Filem Hantu Bonceng :

 Jalan Cerita Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan,
Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu
Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara
Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula
Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran . Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

Pengarah Filem Hantu Bonceng
Ahmad Idham

Pelakon Filem Hantu Bonceng:
Zizan Raja Lawak sebagai Amran (Pelakon Utama)
Juliana Evans sebagai Ayu (Pelakon Utama)
Jue Aziz sebagai Halimaton (Pelakon Utama)
Taiyuddin Bakar sebgai Kunyit (Pelakon Pembantu)

Krew:
Raja Mukhriz : (Pengarah Fotografi)
Rosli Mohd Taib : (Pembantu Pengarah)
Ahmad Mustadha Bin Samingon : (Penyunting)


Penulis:
Ahmad Idham : (Lakon layar)
Ahmad Idham : (Scriptwriter)


 
Penerbit:
Ahmad Idham : (Penerbit)


Trailer Filem Hantu Bonceng


 
Gambar lakonan dalam Filem Hantu Bonceng
Zizan dapat bohsia menang lumba haram...
Hantu bonceng ikut Zizan...
Zizan bogel dalam Filem Hantu Bonceng!

Hantu Bonceng!
Wajah Zizan terkejut tengok pompuan!

Zizan jatuh motor!

Nantikan di pawagam pada 31 Ogos 2011



 
 
 

preview Filem Hantu Bonceng, barisan pelakon Filem Hantu Bonceng, Filem Hantu Bonceng, sinopsis Filem Hantu Bonceng, review Filem Hantu Bonceng, jalan cerita Filem Hantu Bonceng, pelakon utama Filem Hantu Bonceng, pengarah Filem Hantu Bonceng, watak Zizan Raja Lawak, watak Halimaton Jue Aziz dalam Hantu Bonceng, watak Juliana Evans dalam Hantu Bonceng, tiket tayangan Filem Hantu Bonceng, kutipan tiket Filem Hantu Bonceng, Malay Comedy movies, Filem Komedi, Watak Amran dalam Filem Hantu Bonceng, Watak Ayu dalam Filem Hantu Bonceng

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.