Header Ads

Kes remaja dirogol dan dibunuh kejam, Salah Siapa?

Update : Kepala Ayu telah dijumpai berupa Tengkorak sahaja. Takziah buat Keluarga Ayu.

“Ayu meminta tolong untuk memohon maaf kepada rakan sekolah dan guru selain amanat supaya jasadnya yang masih ‘gentangyangan’ (terawang-awang) disempurnakan termasuk dimandi, dikafan dan dikebumikan dengan sempurna,” kata Qomarodin Bajuri, bapa remaja yang dipercayai dirogol, dibunuh, dicincang dan dibakar, Norrahayu, 16, pada 14 Jun lalu.

Serpihan tulang, cermin mata, sebelah selipar dan gumpalan rambut serta sepit rambut Norrahayu yang juga dikenali sebagai Ayu, ditemui di dua lokasi berbeza iaitu kawasan perkuburan Hindu dan ladang sawit Sungai Tiram di sini, petang Ahad lalu.

Wah...ngeri aku biler tengok Harian Metro Online punya berita yang disharekan di FB aku tajuk Petunjuk dalam mimpi dan Keluarga kesal sikap sambil lewa teman lelaki , cerita pasal Ayu yang kena rogol bunuh cincang dan bakar ni aku baru tau hari ini, tak perasan pula sejak bila jadi isu NGERI ni... mungkin sebab 2 hari bertugas kt IOI Resort tak berkesempatan nak baca paper dan online kot.... kalau sempat pon, bukak Facebook! HeHeHe...

Nak menang iPad 2? Canon EOS 550D, HTC Desire ??? 
klik banner untuk maklumat lanjut!

Camne la agaknye kes Ayu ni yer... lepas satu-satu kejadian kematian bunuh cara ngeri kat Malaysia ni eh...isk3x...dan camne pula keluarga Ayu nih terima kenyataan ini...confirm sedih sangat-sangat kan...nak salahkan kat siapa situasi macam nih?
Inilah gambar paras rupa Ayu, Nurrahayu Qomarodin,16 yang mati dibunuh dan dibakar oleh pembunuh kejam!

Sikap sambil lewa teman lelaki Nurrahayu Qomarodin, 16, disifatkan tidak bertanggungjawab menyebabkan mangsa bukan saja dipercayai dirogol, malah dibunuh sebelum dikerat dan dibakar.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa dikatakan menjerit meminta teman lelakinya itu mengambilnya semula selepas lelaki itu meninggalkannya di pondok pengawal berhampiran rumahnya di tapak pembinaan dekat pekan Seri Alam dekat sini, 18 Jun lalu. Bagaimanapun, jeritan mangsa tidak diendahkan lelaki berusia 28 tahun itu yang terus berlalu kerana menyangka Arwah dimarah atau dibelasah bapanya.

Kakak mangsa, Wayaaliasanti, 19, menyifatkan tindakan juruteknik dari Rengit itu meninggalkan Ayu di depan pondok pengawal keselamatan di tapak pembinaan pekan Seri Alam pada jam 2 pagi, sebagai tidak bertanggungjawab.

“Dia sepatutnya mementingkan keselamatan arwah, menghantar adik hingga ke rumah".

Bagi aku kat sini betul kata kakak Ayu yang cakap pakwe Ayu tu tak bertanggungjawab! sebab die tak hantar Ayu kat depan pintu rumah...ade ke pukul 2 pagi, hantar makwe balik kat pondok keselamatan??? ko ingat Pondok Keselamatan tu rumah Ayu ker??? wah....aku pulak yang emo!... mesti pakwe ayu tu takut nak hantar sampai depan pintu rumah pepagi bute camtu kan...tapi die tak takut Ayu dirogol orang pulak..ni aku tipu...jangan caye ok!

Lain kali, dah bawa anak dara orang keluar rumah, pepandailah hantar balik ke rumah dengan selamatnya... nih siap dah dengar jeritan mintak tolong awek die ambil semula, Pakwe si Ayu nih boleh lari menyangka bapa Ayu nih yang belasah Ayu jam 2.00 pagi kat pondok Pak Guard menanti Ayu balik pulak....WTH!!!...tak masuk akal!!! baik BAPAK AYU tu BELASAH KO dari BELASAH ANAK DIE!!!
Menceritakan detik kejadian itu, katanya, dia menyedari Ayu membuat 10 panggilan kepadanya pada malam kejadian, namun terkilan apabila gagal menghubungi Ayu semula. Saya amat risau dan bertanyakan kepada rakan dan kenalan jika terlihat Ayu dan kami sekeluarga mencarinya, namun hampa.

10 kali panggilan dibuat Ayu kepada Ayahnya...tetapi tidak dijawab.. korang dapat bayang tak saat cemas Ayu ketika tue? series...mesti boleh bayangkan...

Dah2x...aku malas nak taip panjang lebar!... isu nih ntah macam mana pulak ceritanya...Salah Pengawal Keselamatan malam tu ker?...susah nak kenal pasti...tapi awal-awal siasatan nampak macam tu lah kan...pepandailah Polis nak settlekan kes ni...Marilah kite doakan agar Ayu yang telah pergi, dalam keadaan selamat walaupun jasadnya kembali ke bumi tak cukup sempurna...sadis dan tragis!

Al-Fatihah

Empat persoalan???
Ayu berusia 16 tahun dan keluar dengan pakwe umur 28 tahun? ...usia bukan halangan :P~ 
Balik lewat ke rumah jam 2.00 pagi? Eh! biasalah zaman sekarang!... dimana tempat BUDAK BAWAH UMUR SEPATUTNYA???
Pakwe Ayu tak hantar Ayu pulang kedepan pintu rumah? ...
Pakwe Ayu tak patah balik walaupun terdengar jeritan dari Ayu...

Qada dan Qadar telah menentukan...(",)



Laporan akhbar Harian Metro pada 9 Julai 2011 mengenai kes kematian adik Nurrahayu Qomarodin yang telah selamat dikebumikan...Al-Fatihah




tags : kes bunuh di Malaysia , kes rogol, kes kematian ngeri, pembunuhan kejam, bawah umur,
Dikuasakan oleh Blogger.