Header Ads

Manchester United tewaskan Chelsea 2-1 Rampas Kejuaraan

▒▐█▀▄░▒▐█▀▀▒██░░░▒▄█░▒▄▀▀▄▒▐▌▒▐▌▒▐█▀▀ 
▒▐█▀▀▄▒▐█▀▀▒██░░░░▒█░▒▀▄▄█░▒█▒█░▒▐█▀▀
▒▐█▄▄▀▒▐█▄▄▒██▄▄█▒▄█▄░▒▄▄▀░▒▀▄▀░▒▐█▄▄





 English Premier League
Manchester United 2
vs
 Chelsea 1
Goal scorer
Hernandez 1'
Vidic 23'
Lampard 68'
Stadium Old Trafford
11.05 malam (Waktu Malaysia)

United menewaskan Chelsea 2-1 di Old Trafford sebentar tadi, ini merupakan kemenangan kali ke-4 United ke atas Chelsea musim ini termasuk Community Shield, Champions League dan EPL setelah hanya sekali tewas pada pusingan pertama EPL.
Javier Hernandez celebrates after firing Manchester United into an early lead
PA Photos
United membuka jaringan seawal minit pertama melalui penyudah yang cukup cantik oleh Chicarito pada minit 1'. Tidak sampai 1' minit permainan bermula United telah mendahului di depan. United terus mengasak kubu Chelsea yang dikawal oleh Cech memaksa Cech banyak melakukan aksi akrobatik akibat serangan bertali arus daripada barisan United

Gol kedua United terhasil melalui hantaran lintang Ryan Giggs yang ditanduk kebawah oleh Nemanja Vidic pada minit ke 23' membolehkan United mendahului dengan selesa 2-0. Chelsea yang berada dalam keadaan tertekan banyak melakukan kesilapan dan sepatutnya pemain Ivanovic telah dilayangkan kad merah di separuh masa pertama kerana terjahan keras ke atas Wayne Rooney, tetapi pengadil membuat keputusan memberikan F.K sahaja kepada United sedangkan RED CARD adalah lebih adil. Mungkin juga REFFEREE berada dalam keadaan serba salah tidak tahu hendak membuat keputusan yang betul.

Bermula sahaja 2nd half, United sekali lagi berhak mendapat peluang sepakan penalti setelah United menggandakan asakan ke gawang Chelsea dan Valencia yang mempunyai peluang telah melambungkan bola  dan terkena pada tangan Frank Lampard tetapi penjaga garisan dan ref hanya membuat nampak tak nampak sahaja akibat insiden itu.

Chelsea memasukkan Torres pada 2nd half dan mengeluarkan Salomon Kalou manakala United John Oshea, Fabio dan memasukkan Evans, Smalling. United sepatutnya memperoleh lebih banyak jaringan, tetapi disebabkan FINISHING Rooney yang tidak menjadi pada perlawanan itu, memaksa Rooney kebuntuan jaringan walaupun peluang-peluang yang terhidang ada di depan mata. Sekalu ucapan Terima Kasih buat Park Ji Sung dari DVII kerana berjaya mempamerkan persembahan bertenaga bagi menggerakkan jentera United.

Chelsea kini berada dalam situasi tertekan akibat kekalahan kepada United dan melepaskan gelaran Juara yang dikecapi musim lalu serta kerusi panas Ancelotti sudah pasti mencuri tumpuan pemilik Chelsea untuk memastikan hanya orang yang mampu membawa pulang Piala ke Stamford Bridge sahaja yang kekal lama. Sama ada Ancelotti kekal semusim lagi bersama Chelsea ianya ada pada pemilik Chelsea.
S.A.F bakal menanti detik2 meraikan kejuaraan ke 19 buat United

Tinggal 1 mata lagi buat United semakin menghampiri untuk memecahkan rekod pemenang liga perdana inggeris (EPL) terbanyak iaitu untuk ke 19 kalinya yang tiada dicabar oleh mana-mana pasukan, hanya Liverpool sahaja yg. memiliki 18 kali kejuaraan liga. Liverpool kini terus dirundung malang apabila bakal terlepas lagi slot aksi ke saingan Eropah bermain bersama United, Arsenal dan Chelsea. Liverpool kini di tangga keenam.



tags : Manchester United result, keputusan manchester united vs chelsea, manchester united vs chelsea result, Chelsea result, Chicarito goal, vidic goal,

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.