Ke Tutti Frutti Seri Bangi
Huh...
Setelah selesai solat Jumaat tadi DVII dan BFF pergi ke Tutti Frutti Seri Bangi yang terletak di No. A-5, Ground Floor, Jalan 8/35, Seksyen 8, Seri Bangi berhadapan dengan TMnet yang dari Tasik Cempaka dan juga D'One Steak.
Apa yang ada di Tutti Frutti Seri Bangi??? Apa yang menarik dan bestnya???semalam selepas makan Mc'D kawan ajak pergi ke sini selepas Jumaat, dia kata, boleh makan ais krim...nyum3x.. jadi TERpaksalah pergi serang Tutti Frutti pulak hari ini.
Disertakan gambar kami di Tutti Frutti Seri Bangi...Layankan...
Waktu Operasi Tutti Frutti Seri Bangi ialah dari
Ahad - Khamis 12.00 PM - 12.00 AM
Jumaat - Sabtu 12.00 PM - 1.00 AM
Tutti Frutti Seri Bangi merupakan kedai Yogurt @ Frozen Yogurt alaf baru ;-) semuanya disini layan diri @ self services ;-) . Disebabkan DVII semuanya adalah 1st time datang kesini, maka dengan secara hormatnya kitorang diberi layanan yang istimewa oleh Staff TF tersebut, Bolehlah merasa tester dahulu sebelum mengambil perisa masing-masing.
![]() |
Mesin Sejuk Aiskrim di Tutti Frutti - Self Services |
Antara perisa yang DVII suka ialah Red Valvet dengan Chocolate serta Strawberry, Vanilla, Apple, Orange, TF Original dan banyak lagi yang lebih menarik dan sedap...;-) cubalah pergi...
![]() |
Sebelum dan Selepas makan 'yogurt tutti frutti' |
Apa yang DVII dapat lihat, di Tutti Frutti ini ialah pelanggan kena kendalikan mesin sejuk yang terdapat seperti di PICTURE 2. DVII bertanya kepada kawan, siapa pemilik kedai tersebut, rupanya ia dimiliki oleh seorang artis iaitu Ainul Aishah mungkin juga family bussiness. Siapa Ainul Aishah ? Yang itu DVII belum selidik lagi...HeHeHe...
Total perbelanjaan kami berlima di Tutti Frutti tadi ialah lebih kurang RM70++ ;-)
Tapi ia amat puas hati disebabkan semua perisa tersebut adalah pertama kalinya kitorang makan...HeHeHe..
Jangan lupa mengusha Tutti Frutti Seri Bangi di Facebook. Boleh tahu info ataupun apa yang menarik di sana. Like pages tersebut okay. Tutti-Frutti-Seri-Bangi @ Facebook
Adess... dah macam program jalan-jalan cari makan pulak kitorang nih...HuHuHu
Post a Comment