Header Ads

Live News & Gambar Sekitar Perhimpunan Bebas Anwar Ibrahim 901 di Mahkamah Jalan Duta


Berikut merupakan Gambar-gambar sekitar Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur pada pagi 9 Januari 2012, dimana Keputusan Kes Liwat II Anwar Ibrahim akan diputuskan pada hari ini. 

Layan dulu gambar sekitar yang di ambil dari Utusan Online, Berita Harian Online, PDRMsia dan pelbagai sumber.
Keputusan Kes liwat: Anwar Ibrahim dilepas, dibebaskan daripada tuduhan
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. – UTUSAN

Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.
NONEAnwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.
Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka. - Malaysiakini
6.44 pagi - Kumpulan penyokong perhimpunan sedang berkumpul sebelum menuju ke perkarangan mahkamah.

Foto : MohdHazliHassan
Pihak polis turut menutup pintu masuk Kompleks Mahkamah Jalan Duta


Para peenyokong Anwar di luar Kompleks Mahkamah melaungkan Reformasi & menyanyikan lagu Negaraku

suasana di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta

Penyokong terus memenuhi tempat letak kereta kompleks mahkamah


Foto : hasznurul
7:45:  Jeritan Allahuakbar, reformasi dan hidup rakyat kedengaran daripada kira kira 2,000 penyokong Anwar.
7:48: Kelihatan A. Samad Said bersama Ambiga memasuki perkarangan Kompleks Mahkamah


Foto : AnwarMansor

7:56: Ketika ini Tian Chua sedang memberikan ucapannya kepada peserta perhimpunan ini.


Foto : AnwarMansor

8.09: Mahfuz Omar turut kelihatan bersama-sama kumpulan penyokong Anwar.
8.11: Chua Jui Meng turut memasuki Kompleks Mahkamah Jalan Duta
Foto : PDRMsia
OP AMAN : Adam Adli dan Safuan Anang sampai di perkarangan mahkamah.


Foto : PDRMsia

Gambar Penyokong yang berhimpun beserta Poster dan Sepanduk Lawan Tetap Lawan.
Foto : PDRMsia

Ketibaan Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta

8.39 :Keadaan tolak menolak antar penyokong Anwar Ibrahim ketika perjalanan masuk ke kompleks mahkamah
Lagi Gambar di Facebook

Untuk mengikuti Keputusan Kes Liwat / Kes Fitnah Anwar II Ini sila layari Utusan Online , Malaysiakini.com

Kredit kepada Pemilik Foto di Mahkamah Jalan Duta

7 ulasan:

  1. dasyat tul...penyokong anwar ek
    ngatkan xjadi buat,bkn ke aritu ckp keputusan tidak akan diumumkan kt mahkamah jln duta atas faktor keselamatan ke wawa slah dengar..hehe

    BalasPadam
  2. @DeQWa dasyat tak dasyat ler...
    tapi xramai sebab arini keje kan...siapa yang ambil cuti or keje sendiri je yg pergi.... Mahkamah dah buat keputusan.

    Wawa salah dengar ler tue...hihi

    BalasPadam
  3. dkna nak puji polis yang berkhidmat pada waktu tu.. heheee

    BalasPadam
  4. @Adylia Qarissa nak puji polis eh, puji ler...lg pon diorang menjalankan tugas + OT yang masyuk... hehehehe

    BalasPadam
  5. heee. xtau nak komen pe . boley macam tu? :DD

    BalasPadam
  6. SIJALAK LAWAN BIREK
    KISAH KEMUSNAHAN KUASA POLITIK APABILA BERTEMBUNG DUA EKOR AYAM JAGUH.SIFAT TIDAK MAHU BERALAH TERSERGAM PADA WATAK MEREKA.PERTEMBUNGAN INI AKAN BERAKHIR APABILA SALAH SEEKOR MATI.ITU PUN SEBAB SIFAT ORANG MATI TAK BOLEH BERCAKAP LAGI.
    SAYA MASIH INGAT PESAN IMAM SYAFIE.SAYA TIDAK AKAN BERBAHAS KERANA KEMENANGAN TETAPI AKAN BERBAHAS UNTUK KEBENARAN SAHAJA.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.