Header Ads

Malaysia tewaskan Thailand 2-1 : Skrip 2009 berulang, Baddrol gegar jaring akhirnya.

Baddrol ketika Malaysia terikat dengan Singapore tempoh hari.
Petang tadi skuad Malaysia U23 (Harimau Muda) berjaya menewaskan barisan 11 pemain Thailand U23 atau gelaran Young Elephant 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta, Indonesia pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan A. Jumlah gol yang serupa juga ketika Malaysia U23 menewaskan Thailand U23 di Sukan Sea 2009 yang lalu.

Ini merupakan kemenangan pertama Malaysia setelah kebuntuan jaringan pada penampilan pertama di Sukan Sea 2011 apabila diikat seri 0-0 bertemu Singapura (Young Lion) Isnin 7 November 2011 lalu, meskipun sepatutnya barisan Malaysia U23 boleh dan wajib menang perlawanan berkenaan. Tetapi ketumpulan penyudah dan 'belum panas' lagi menyebabkan perlawanan hambar.

Akhirnya Malaysia U23 memperoleh gol sulung di Sukan Sea 2011 melalui pemain dan juga Kapten Skuad Harimau Muda kini iaitu Baddrol Bakhtiar pada minit ke-24'. Baddrol juga telah berhempas pulas pada perlawanan Malaysia vs Singapura yang lalu. Tetapi petang tadi menjadi miliknya. Tahniah dan Terima Kasih Baddrol di atas gol pembukaan berkenaan.

Skuad Thailand seakan-akan hilang gadingnya dalam Sukan Sea kali ini, apabila Malaysia yang mudah mengatur serangan bertali arus ke kubu Thailand U23. Malaysia seharusnya memperoleh lebih banyak gol jika semua peluang gol disempurnakan sebaiknya. Tetapi nasib tidak menyebelahi Malaysia U23 sehingga skuad Thailand U23 tiba-tiba muncul menggegarkan gawang Malaysia pada separuh masa kedua yang dikawal kebal oleh Khairul Fahmi Che Mat sepanjang 77' minit berlangsung. Tersentak dengan jaringan gol penyamaan Thailand pada minit 78', Malaysia menggandakan asakan dan cubaan memasukkan Izzaq Faris oleh Ong Kim Swee ternyata berhasil.

Izzaq Faris menceriakan seluruh penyokong bolasepak Malaysia dengan jaringan yang cukup terbaik menewaskan penjaga gol Thailand pada minit ke-84'. Jaringan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.
Sepatutnya Malaysia menang lebih dari 2 gol. Satu lagi, kemasukkan Fakri Saarani tidaklah digemari oleh segelintir penyokong kerana agak kurang memberi impak serta kemasukannya menukar dan memperlahankan rentak permainan skuad kebangsaan. Mungkin Ong Kim Swee mempunyai strategi tersendiri meletakkan Fakri di bangku simpanan. Malaysia mempunyai rehat 3-4 hari sebelum aksi Malaysia vs Kemboja pada 13 November 2011 ini jam 5.00 petang.

Lihat juga Video Youtube Gol Malaysia vs Thailand 2-1
Barisan Kesebelasan Utama Malaysia U23 vs Thailand U23

Malaysia U23 1st eleven team
Baddrol Bakhtiar (25'), Izzaq Faris Ramlan (85'); Natarid Thammaroddodpon (77')
Malaysia: 1 Khairul Fahmi Che Mat, 2 Mahali Jasulli, 4 Mohamad Fadhli Mohd Shas, 6 Asraruddin Putra Omar, 7 Mohd Irfan Bin Fazail (13 Ahmad Fakri Saarani 65'), 10 Baddrol Bakhtiar (C), 17 Mohamad Fandi Othman, 18 Syahrul Azwari Ibrahim, 19 Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (14 Izzaq Faris Ramlan 80'), 21 Muhd Nazmi Faiz Mansor (11 Gurusamy Govandar Kandasamy 54'), 24 Mohamad Muslim Ahmad

Simpanan: 3 Mohd Zubir Mohd Azmi, 8 Abdul Shukur Jusoh, 9 Thamil Arasu A/L Ambumamee, 11 Gurusamy Govandar Kandasamy, 13 Ahmad Fakri Saarani, 14 Izzaq Faris Ramlan, 15 Mohammad Amer Saidin, 20 Mohd Izham Tarmizi, 28 Yong Kuong Yong

Jurulatih: Ong Kim Swee

Thailand U23 1st eleven team
Thailand: 2 Weerawut Kayem, 6 Adisak Krisorn, 7 Chalermsak Kaewsooktae (Isarapong Lilakorn 73'), 8 Sarach Yooyen, 9 Ronnachai Rangsiyo (C), 12 Kroekrit Thawikan, 13 Phonlawut Donchui (14 Natarid Thammarossopon 56'), 16 Sutjarit Jantakol, 17 Pokklaw A-Nan (Naruphol Ar-Romsawa 66'), 18 Ukrit Wongmeema, 20 Komkrit Cumsokcheak.

Jurulatih: Prapol Pongpanich
kredit nama pemain dari blog malaysiafootball-dimos
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!


Komen Malaysia vs Thailand, Ulasan perlawanan Malaysia vs Thailand 2-1

5 ulasan:

  1. serius, berdebar tengok game ni.. sesak nafas di buatnya! apa pun, glory2 malaysia! ;p

    BalasPadam
  2. @zureen (",) tulah... geram pon ade...hehe...tp yg best Glory² Malaysia tue...yezza

    BalasPadam
  3. hehe...tgk kejap ja bola smlm..pastu tertido...wakkakka

    BalasPadam
  4. TAK DAPAT TENGOK GAME NI LA... MASA LAWAN SINGAPORE TU HATRI DAPAT TENGOK.. MESTI PERMAINANNYA LEBIH BAIK DARI SEMASA MELAYAN SINGAPORE KAN...

    BalasPadam
  5. tak puas hati ja kannnn tak ada tempat aku nak shout CR7 seperti yg tercatat di url. sih3....

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.