Header Ads

Bolasepak Wanita Malaysia ke Perlawanan Piala AFF Oktober ini



 Pasukan Bolasepak Wanita Kebangsaan Malaysia telah dibubarkan Mac 2011 oleh FAM, dan kini beberapa pemain yang rata-rata muka baru telah dipanggil semula menyertai latihan pusat yang bermula semalam di bawah latihan Ketua Jurulatih, Jacob Joseph.

40 pemain telah dipilih menerusi Kejohanan Bola Sepak Wanita Kebangsaan 2011 dan pemain-pemain dari Liga Futsal Wanita.

Skuad bolasepak Wanita Malaysia juga bakal bermain di Sukan SEA Indonesia nanti, selain pemilihan pemain untuk perlawanan di Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Wanita di Vientiane, Laos dari 16 hingga 25 Oktober 2011.

 Lapan negara yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Wanita dengan tuan rumah Laos, Indonesia, Vietnam dan Singapura dalam kumpulan A manakala Malaysia pula diundi dalam kumpulan B bersama Myanmar, Thailand dan Filipina.

Perlawanan pertama skuad wanita negara dijadual menentang Thailand pada 17 Okt.
Selepas pasukan Lelaki bolasepak Malaysia bertandang ke Jepun untuk perlawanan pertama peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia 21 September nanti, bulan Oktober kita disajikan oleh persembahan skuad wanita pula!... Meriahnya bolasepak tempatan!...

Kalaulah Pasukan Wanita kita berpakaian seperti pasukan bolasepak wanita Iran macam gambar di bawah... 




Yang ini ambil kat google. pertandingan di Malaysia, tapi bukan team bolasepak wanita kebangsaan lah.

Semoga pemain-pemain bolasepak Wanita Malaysia yang layak dipilih dan terpilih nanti untuk mewakili skuad Negara beraksi dengan cemerlang ok!...

sumber rasmi : Berita Harian.


4 ulasan:

  1. @Amirul Amin ~

    mesti menang yerk!
    betul, kalau kalah pon jangan kena belasah pulak...sebab rantau asia tenggara je tue...

    BalasPadam
  2. Nak join boleh? Ada kosong x?email saya

    BalasPadam
  3. Xde daftar atau len2 ke? Utk sertai...saya berminat dalam bola sepak ...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.