Header Ads

Bazar Ramadhan Putrajaya 2011




Bazar Ramadhan di Putrajaya kali ini diadakan bersebelahan dengan lokasi Pasar Ramadhan Putrajaya iaitu di Presint 2.tapak yang sama dengan Pasar Malam Putrajaya.

Pasar Ramadhan Putrajaya 2011 diadakan di tiga tempat iaitu di

1. Laman 1Malaysia Presint 2, (tempat karnival biasa berlangsung sprt Pesta Floria 2011)
 
2. Kawasan parkir kereta Presint 15. (Belakang/Berhadapan dengan Mydin Putrajaya)
3. Kawasan parkir kereta Kompleks Kejiranan Presint 11. 


Pasar Ramadhan Putrajaya beroperasi dari jam 4.00 petang sehingga 7.30 malam ataupun juadah habis dijual. Kalau datang Bazar Ramadhan Putrajaya ini, Aku syorkan jangan lepaskan peluang untuk membeli Roti John Unan sebagai juadah tambahan berbuka puasa nanti, kerana resipinya yang sangat istimewa, sedap dan lazat...pergh...(",) dan pelbagai menu lain yang korang rasa sesuai. (itu bagi sesiapa yang tak biasa pergi ke  Food Court Taman Warisan)
 
Kalau datang nak berbuka di tempat terbuka, bolehlah beli juadah di pasar ramadhan dan bawa ke Dataran Putrajaya atau pun depan Masjid Putrajaya, nanti senang nak teruskan dengan Solat Maghrib, kalau tak sempat, dekat tepi bazar tu pun ada kerusi-kerusi rehat yang disediakan...siapa cepat dia dapatlah kan.... 

Bazaar Ramadhan ini juga ada menjual persiapan perayaan kepada pengunjung bagi membuat persiapan menyambut kedatangan Hari Raya yang bakal tiba nanti. So, ada 2 dalam 1 disitu, Pasar Ramadhan dan Bazar Ramadhan di Putrajaya kali ini... yang penting bawa wang secukupnya (",)

*** Sumber maklumat dari laman web perbadanan putrajaya. 

 
Lokasi Bazar Ramadhan Putrajaya 2011, Kawasan Bazar Ramadhan, Pasar Ramadhan Putrajaya 2011, Roti John Unan, tempat berbuka Puasa di Putrajaya, Juadah berbuka puasa, Pasar Malam Putrajaya

2 ulasan:

  1. pose ari kedua...lom jejak lagi ke mn2 bazar ramadhan...wlpun dpn opis jer..hihhi....masih selesa dgn masakan air tgn sendiri...

    BalasPadam
  2. @DeQWa ~

    HeHe..Lom jejak yer?, bila nak jejak?... opis punya lah dekat...turun situ jek....huhu.... iyolah tu air tangan sendiri :P~

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.