Header Ads

MALAYSIA 0 - 0 VIETNAM : 2nd Leg Semi Final AFF Suzuki Cup 2010, Malaysia ke Final !!!

TAHNIAH buat skuad MALAYSIA yang berjaya mengikat skuad Vietnam seri 0-0 di My Dinh National Stadium, Hanoi, Vietnam malam tadi...tiada jaringan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan. Malaysia mengamalkan permainan bertahan untuk mengelakkan lawan mendapat gol dan memadam defisit 2 gol Malaysia di Bukit Jalil tempoh hari.

Pertahanan Malaysia bekerja keras menahan asakan bertali arus dari tuan rumah. Peluang terbaik Malaysia menjelma pada 10 minit terakhir permainan ketika Vietnam bermain dengan 10 orang pemain kerana seorang pemain mereka dibuang padang akibat membuat 'diving' bagi memperdaya pengadil di dalam kotak penalti Malaysia. Amri Yahya yang masuk sebagai pemain gantian, gagal menyudahkan peluang yang terhidang berjaya di tepi penjaga gol Vietnam.

Malaysia akan bertemu pemenang di perlawanan AKHIR Stadium Nasional Bukit Jalil 26 Disember 2010 antara Filipina vs Indonesia yang bakal diketahui esok. Dan Malaysia juga perlu bertandang ke Pasukan perlawanan akhir tersebut pada 29 Disember, kerana Perlawanan Akhir dibuat secara timbal balik. Home-Away Game....

Vietnam 0 - 0 Malaysia
MALAYSIA layak ke Final Piala Suzuki AFF 2010 argegat 2-0.

Tahniah!!!

** mesti coach Vietnam bosan disebabkan gagal menembusi gawang Malaysia setelah bertali arus menyerang...hahaha
** DVII tak sihat, so lambat update, dan kurang pengisian...sorry...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.